Pengikut

Selasa, 8 Februari 2011

Panduan Lantikan Pengajar di UPSI


 Pelantikan pensyarah, tutor dan penunjuk ajar sambilan boleh dibuat bagi membantu 
pensyarah dalam tugas pengajaran dan pembelajaran kursus yang memerlukan khidmat mereka. 
Pensyarah yang memerlukan khidmat pensyarah, tutor dan penunjuk ajar sambilan perlulah membuat 
permohonan melalui Ketua Jabatan dan Dekan Fakulti kepada Timbalan Naib Canselor (Akademik). 
Permohonan yang telah diluluskan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik) perlu dihantar ke Pejabat 
Pendaftar bagi urusan pelantikan.      
            Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Pelantikan Pensyarah, Tutor dan 
Penunjuk Ajar Sambilan yang boleh didapati daripada Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Am di 
Fakulti atau di laman web UPSI.
Syarat-syarat Lantikan Pensyarah Sambilan
1. Terdiri daripada tenaga pengajar luar yang memiliki sekurang-kurangnya ijazah sarjana dan 
mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam bidang yang diajar.
2. Pensyarah sambilan dibayar elaun RM100.00 sejam bagi tugas mengendalikan kuliah tersebut 
tertakluk kepada jumlah elaun bulanan tidak melebihi separuh (�) gaji bulanan jika tugasan 
tersebut dilakukan di luar waktu bekerja rasmi dan tidak melebihi seperempat (�) gaji bulanan 
jika tugasan tersebut dilakukan dalam waktu bekerja rasmi.
3. Pensyarah sambilan layak menuntut elaun perbatuan pergi dan balik ke tempat bertugas (tidak 
melebihi 80 kilometer pergi dan balik tanpa tol) mengikut kadar yang berkuatkuasa di UPSI.
  Syarat-syarat Lantikan Tutor Sambilan
1.   Terdiri daripada tenaga pengajar luar yang berkelayakan sekurang-kurangnya memiliki ijazah 
pertama dalam bidang yang berkaitan.
2. Tutor sambilan dibayar pada kadar RM50.00 sejam bagi tugas mengendalikan tutorial tersebut 
tertakluk kepada jumlah bayaran sebulan tidak melebihi separuh (�) gaji bulanan jika tugas 
tersebut dilakukan di luar waktu bekerja rasmi dan tidak melebihi seperempat (�) gaji bulanan 
jika tugasan tersebut dilakukan dalam waktu bekerja rasmi.
3.   Tutor sambilan boleh membuat tuntutan perbatuan pergi dan balik (tidak  melebihi 80 
kilometer tanpa tol) mengikut kadar yang berkuatkuasa di UPSI.
4. Bagi tutor yang dilantik oleh pihak universiti dan mendapat gaji bulanan perlulah mendapat 
kebenaran daripada dekan fakultinya sekiranya khidmatnya diperlukan untuk mengajar kursus 
dalam bidang kepakaran di fakulti lain. Dalam hal ini, tutor berkenaan tidak dibenarkan untuk 
membuat tuntutan elaun pengajaran dan elaun perbatuan. 
Syarat-syarat Lantikan Penunjuk Ajar Sambilan
1. Penunjuk ajar sambilan boleh dilantik di kalangan  pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris di 
peringkat ijazah pertama, kakitangan UPSI dan tenaga luar yang mempunyai kemahiran dan 
kepakaran dalam bidang yang diajar. 
2. Bagi penunjuk ajar yang terdiri daripada pelajar UPSI hanya dibenarkan mengajar satu kursus
sahaja dalam satu-satu semester dan tidak melebihi  4 jam seminggu. Mereka dibayar pada 
kadar RM15.00 sejam dan tidak layak untuk menuntut elaun perbatuan dan lain-lain tuntutan.
3. Bagi penunjuk ajar yang terdiri daripada pelajar UPSI yang telah menamatkan pengajiannya 
tetapi masih belum mendapat pengesahan ijazah daripada Lembaga Senat Universiti, maka 
mereka masih lagi dikategorikan sebagai pelajar UPSI dan hanya layak dibayar pada kadar 
RM15.00 sejam. Manakala bagi pelajar UPSI yang telah disahkan ijazahnya oleh Senat 
Universiti mereka layak dibayar pada kadar  RM25.00 sejam.
4. Bagi penunjuk ajar yang terdiri daripada kakitangan UPSI dan tenaga luar mereka dibayar 
pada kadar RM25.00 sejam.
5. Bagi kes-kes lain seperti pegawai pelatih /sangkutan atau setaraf dengannya yang ditempatkan 
di Universiti ini mereka boleh dilantik sebagai penunjuk ajar sambilan dengan syarat tugastugas penunjuk ajar itu hendaklah dilakukan di luar waktu bertugas rasmi. Penunjuk ajar yang 
terlibat dalam hal yang sedemikian layak  dibayar pada kadar  RM25.00 sejam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan