Pengikut

Isnin, 6 Disember 2010

SIMULASI DISASTER RECOVERY (DRC) UPSI-JARING BAGI SISTEM MAKLUMAT BERSEPADU UNIVERSITI (SMBU)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,


Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.  Adalah dimaklumkan satu sesi simulasi ke atas kemudahan perkhidmatan Pusat Pemulihan Bencana UPSI-JARING bagi Sistem Maklumat Bersepadu (SMBU) akan dijalankan seperti butiran berikut:-

                                 Tarikh / Hari      : 7 Disember 2010 (Selasa)
                                 Masa                 : 2.00 petang - 8:00 malam

3.   Sehubungan itu perkhidmatan SMB Universiti iaitu MyHRA, MyFIS, MyUPSI Portal, MyGuru2, ILMU dan MyJobs akan ditutup bagi tujuan simulasi pengujian tersebut.

4.    Untuk sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, sila SMS ke talian aduan perkhidmatan Pusat ICT di nombor 013-4507973. Kerjasama dan perhatian pihak Y. Bhg. Prof./Prof. Madya/Dr./tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.


"PENDIDIKAN GEMILANG MENUJU WAWASAN"

Khamis, 2 Disember 2010

Tawaran Biasiswa Belajar Di Brunei

TAWARAN BIASISWA KERAJAAN BRUNEI DARUSSALAM SESI AKADEMIK 2011/2012

       
Sukacita dimaklumkan bahawa kerajaan Brunei telah mempelawa calon-calon yang berkelayakan dari Malaysia untuk memohon biasiswa bagi mengikuti pengajian peringkat Ijazah Kedoktoran (PhD), Sarjana Sastera, Sarjana Muda Sastera dan kursus-kursus Diploma di Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Institut Teknologi Brunei (ITB), bagi sesi akademik 2011/2012 yang akan bermula pada bulan Julai/Ogos 2011.

2.     Sehubungan dengan itu, bagi calon-calon yang berkelayakan memohon biasiswa ini, sila layari laman web www.mofat.gov.bn/scholarship.  Tarikh tutup permohonan pada 10 Disember 2010 dan hendaklah dialamatkan terus kepada :-

                        Bahagian Biasiswa
                        Kementerian Pengajian Tinggi
                        Aras 4, Blok 1, Menara PjH
                        Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
                        Presint 2
                        62100 PUTRAJAYA
                        (u.p. : Pn. Nureezan bt. Daud)


Sekian, terima kasih.


?PENDIDIKAN GEMILANG MENUJU WAWASAN?


Saya yang menjalankan tugas,





(MUZAMIL BIN MAHIL)