Pengikut

Ahad, 21 November 2010

Sertai Kumpulan Blogger Semekar SMK RENEK di Facebook

     Kepada semua semua pelajar/bekas pelajar,guru/bekas guru dijemput untuk memeriahkan ruang ini....Kepada sesiapa yang ingin menyenaraikan blognya juga boleh terus berhubung dengan pihak pentadbir..

Isnin, 8 November 2010

salam imtihan dari nik azrul

Upsikini Palsu

    Setelah melihat UPSIkini mampu menjadi medium utama dalam membangkitkan kebajikan pelajar dan menjadi medium utama dalam menyampaikan maklumat kepada pelajar.Kini pihak tidak bertanggungjawab telah mewujudkan satu lagi laman upsikini di facebook bagi memburukkan dan mengadakan provokasi.Ia dipercayai dilakukan oleh seorang bekas pelajar yang masih cuba aktik dalam politk kampus..Mereka juga mewujudkan akaun facebook baru iaitu putera pas upsi.Tindakan ini dipercayai dilakukan untuk mengaitkan pas dengan upsikini..
Untuk pengetahuan semua,upsikini tidak menyediakan laman "like" kepada pengguna di facebook..Laman upsikini palsu itu ialah
http://www.facebook.com/#!/pages/UPSIkini/159781337391544
Tindakan tidak bertanggungjawab ini secara tidak langsung akan mencmarkan intitusi pendidikan.

Sabtu, 6 November 2010

Facebook kelab penyokong...

    Baru-baru ini,kelab penyokong mahasiswa pendidik telah dilancarkan bagi menjadikan ia sdatu wadah mahasiswa upsi untuk menyampaikan masalah dan berkongsi maklumat..Setakat ini seramai 147 orang telah menyertainya dalam beberapa hari yang dilancarkan..Kelab penyokong itu boleh dihubungi di laman..
http://www.facebook.com/pages/Kami-Sokong-Mahasiswa-Pendidik/115638675166320 
    Selain itu,bagi menandingi mahasiwa pendidik.Pimpinan bitara telah mewujudkan laman yang tersendiri iaitu kami sokong pimpinan bitara yang boleh dihubungidi laman ini..
http://www.facebook.com/pages/Kami-Sokong-Pimpinan-Bitara/174828529193897?ref=ts&v=wall

Jumaat, 5 November 2010

Prof Che Hamid Mahmood


Beliau merupakan seorang tokoh yang banyak menyumbang terhadap perkembangan bahasa Melayu di negara ini. Beliau membina kerjaya sebagai pakar bahasa di Universiti Putra Malaysia dan merupakan salah seorang pengarang Tatabahasa Dewan yang menjadi buku pegangan dalam tatabahasa Melayu. Prof. Hamid kini bertugas di UPSI dan  sering menyampaikan ceramah dan bengkel bahasa. Beliau dikenali sebagai seorang guru bahasa yang ceria dan sentiasa menghiburkan.
Beliau banyak mengarang buku tentang bahasa Melayu dan pernah juga memegang jawatan sebagai pengarah penerbit Upsi.Beliau merupakan pensyarah di fakulti Bahasa dan Komunikasi dan mempunyai kepakaran dalam bidang Pembinaan ayat.

Media Mahasiswa

     Dalam keadaan suasana yang hampir dengan pilihanraya kampus ( PRK ),media-media mahasiswa kelihatan bermain dengan isu untuk memenangi pilihanraya kampus.Upsikini yang disekat penggunaannya oleh jaring upsi merupakan media mahasiswa yang paling popular.Blog yang dirahsiakan penulisnya ini banyak memaparkan isu mahasiswa kini.Upsikini boleh dikatakan juga sebagai media mahasiswa pendidik.
   Dalam usaha untuk menandingi kepopularitian Upsikini kumpulan pimpinan bitara atau aspirasi turut menghasilkan blog sendiri bagi menjawab segala hujah yang diberikan oleh Upsikini.Sebagaimana Upsikini,penulis suaraupsi juga tidak diketahui.

salam imtihan kepada adik2





  Kami disini ingin mengucapkan salam imtihan kepada adik2 di sekolah yang akan menghadapi peperiksaan Spm dan Stpm.Kami akan mendoakan adik2 sekalian akan berjaya dalam peperiksaan tersebut dan menjadi manusia yang berguna...Tidak lupa juga salam peperiksaan kepada kawan-kawan di UPSI yang akan menghadapi peperiksaan tidak lama lagi..Semoga Allah akan kurniakan kejayaan dunia akhirat kepada kita semua