Pengikut

Sabtu, 26 Februari 2011

Semak Senarai Nama Ujian Insak KPM

    Kepada semua pelajar yang mengisi untuk mendapatkan biasiswa KPM anda semua boleh memeriksa nama anda untuk menduduki ujian Insak pada 12/03/2011 ini.. di https://myupsi.upsi.edu.my/

Sabtu, 12 Februari 2011

Pada 14/2/2011 akan berlaku pembubaran Majlis Perwakilan Pelajar bagi sesi 2010/2011. Notis pembubaran ini akan ditampal di Kampus Induk dan juga di Kolej2 kediaman. 14/2 - 16/2 adalah hari penjualan borang-borang pencalonan di Bilik Musyuarat JHEPA. Pada 17/2 akan diadakan penamaan calon dan pada sebelah malamnya akan bermula kempen di kolej dan sebagainya. Dijangka banyak poster dan banner akan digangtung dan semestinya pilihanraya kampus pada kali ini akan  lebih hangat. Pada 21/2 akan diadakan pemilihan MPP baru oleh semua pelajar Upsi yang layak. Sebanyak 29 kerusi dipertandingkan dimana setiap fakulti diperuntukkan 2 kerusi,kerusi umum sebanyak 5,kerusi etnik 4 untuk sabah,sarawak,india dan cina dan 2 wakil daripada Institut pengajia siswazah... tempat pembungan undi adalah di kawasan yang berikut.....


1. Bitarasiswa
2. Dewan SITC
3. Foyer Bangunan IPSI
4. Dewan Serba guna Kolej Za’ba
5. Foyer Kolej Harun Aminurrashid
6. Foyer Bangunan Canselori
7. Bilik Kuliah Proton City
8. Makmal Pertanian Taman
Bernam
9. Bangunan E- Learning

Selasa, 8 Februari 2011

Panduan Lantikan Pengajar di UPSI


 Pelantikan pensyarah, tutor dan penunjuk ajar sambilan boleh dibuat bagi membantu 
pensyarah dalam tugas pengajaran dan pembelajaran kursus yang memerlukan khidmat mereka. 
Pensyarah yang memerlukan khidmat pensyarah, tutor dan penunjuk ajar sambilan perlulah membuat 
permohonan melalui Ketua Jabatan dan Dekan Fakulti kepada Timbalan Naib Canselor (Akademik). 
Permohonan yang telah diluluskan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik) perlu dihantar ke Pejabat 
Pendaftar bagi urusan pelantikan.      
            Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Pelantikan Pensyarah, Tutor dan 
Penunjuk Ajar Sambilan yang boleh didapati daripada Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Am di 
Fakulti atau di laman web UPSI.
Syarat-syarat Lantikan Pensyarah Sambilan
1. Terdiri daripada tenaga pengajar luar yang memiliki sekurang-kurangnya ijazah sarjana dan 
mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam bidang yang diajar.
2. Pensyarah sambilan dibayar elaun RM100.00 sejam bagi tugas mengendalikan kuliah tersebut 
tertakluk kepada jumlah elaun bulanan tidak melebihi separuh (�) gaji bulanan jika tugasan 
tersebut dilakukan di luar waktu bekerja rasmi dan tidak melebihi seperempat (�) gaji bulanan 
jika tugasan tersebut dilakukan dalam waktu bekerja rasmi.
3. Pensyarah sambilan layak menuntut elaun perbatuan pergi dan balik ke tempat bertugas (tidak 
melebihi 80 kilometer pergi dan balik tanpa tol) mengikut kadar yang berkuatkuasa di UPSI.
  Syarat-syarat Lantikan Tutor Sambilan
1.   Terdiri daripada tenaga pengajar luar yang berkelayakan sekurang-kurangnya memiliki ijazah 
pertama dalam bidang yang berkaitan.
2. Tutor sambilan dibayar pada kadar RM50.00 sejam bagi tugas mengendalikan tutorial tersebut 
tertakluk kepada jumlah bayaran sebulan tidak melebihi separuh (�) gaji bulanan jika tugas 
tersebut dilakukan di luar waktu bekerja rasmi dan tidak melebihi seperempat (�) gaji bulanan 
jika tugasan tersebut dilakukan dalam waktu bekerja rasmi.
3.   Tutor sambilan boleh membuat tuntutan perbatuan pergi dan balik (tidak  melebihi 80 
kilometer tanpa tol) mengikut kadar yang berkuatkuasa di UPSI.
4. Bagi tutor yang dilantik oleh pihak universiti dan mendapat gaji bulanan perlulah mendapat 
kebenaran daripada dekan fakultinya sekiranya khidmatnya diperlukan untuk mengajar kursus 
dalam bidang kepakaran di fakulti lain. Dalam hal ini, tutor berkenaan tidak dibenarkan untuk 
membuat tuntutan elaun pengajaran dan elaun perbatuan. 
Syarat-syarat Lantikan Penunjuk Ajar Sambilan
1. Penunjuk ajar sambilan boleh dilantik di kalangan  pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris di 
peringkat ijazah pertama, kakitangan UPSI dan tenaga luar yang mempunyai kemahiran dan 
kepakaran dalam bidang yang diajar. 
2. Bagi penunjuk ajar yang terdiri daripada pelajar UPSI hanya dibenarkan mengajar satu kursus
sahaja dalam satu-satu semester dan tidak melebihi  4 jam seminggu. Mereka dibayar pada 
kadar RM15.00 sejam dan tidak layak untuk menuntut elaun perbatuan dan lain-lain tuntutan.
3. Bagi penunjuk ajar yang terdiri daripada pelajar UPSI yang telah menamatkan pengajiannya 
tetapi masih belum mendapat pengesahan ijazah daripada Lembaga Senat Universiti, maka 
mereka masih lagi dikategorikan sebagai pelajar UPSI dan hanya layak dibayar pada kadar 
RM15.00 sejam. Manakala bagi pelajar UPSI yang telah disahkan ijazahnya oleh Senat 
Universiti mereka layak dibayar pada kadar  RM25.00 sejam.
4. Bagi penunjuk ajar yang terdiri daripada kakitangan UPSI dan tenaga luar mereka dibayar 
pada kadar RM25.00 sejam.
5. Bagi kes-kes lain seperti pegawai pelatih /sangkutan atau setaraf dengannya yang ditempatkan 
di Universiti ini mereka boleh dilantik sebagai penunjuk ajar sambilan dengan syarat tugastugas penunjuk ajar itu hendaklah dilakukan di luar waktu bertugas rasmi. Penunjuk ajar yang 
terlibat dalam hal yang sedemikian layak  dibayar pada kadar  RM25.00 sejam

Ahad, 2 Januari 2011

Permohonan Biasiswa KPM dibuka semula

    Untuk keteraangan lanjut mengenainya sila klik disini