Pengikut

Selasa, 20 April 2010

Facebook alumni capai 200 rakan

    Setelah kira-kira hampir 2 bulan diwujudkan kini fdacebook alumni semekar upsi telah mencapai rakan sebanyak 200 orang..Semua daripada rakan alumni tersebut ialah terdiri daripada pelajar,bekas pelajar,guru dan juga bekas guru di sekolah menengah kebangsaan renek besut.Tujuan utama diwujudkan facebook ini adalah untuk mengeratkan hubungan antara rakan alumni selain berkenalan antara satu sama lain..
   Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesilapan terutamnya permintaan yang kami tidak terima kerana tidak pernah terlibat dengan sekolah renek.Facebook alumni beralamat di SMK RENEK dI UPSI.

Jumaat, 16 April 2010

Kelembapan Mysis mendapat kritikan


    Dalam proses pengisian kos untuk semester 1 dan 2 ini telah enimbulkan rasa tidak puas hati pelajar sem terbabit akibat kelembapan melampau MYSIS.Sejak pukul 11 30 malam lagi hampir semua pelajar telah bersiap sedia untuk mengisi kos masing-masing namun ramai daripadanya tidak dapat untuk masuk bagi mengisi kos.Ini amat menyulitkan terutamanya bagi yang mengambil minor bahasa melayu kerana terpaksa berebut untuk mendapatkan kos minor.Pelajar yang lewat terpaksa mengambil minor untuk sem 4 keatas dan ia sebenarnya menyusahkan pelajar terbabit kerana belajar sesuatu yang tidak sampai tahapnya.
   Tidak sampai beberapa jam sahaja dari kelembapan itu,pelajar-pelajar UPSI telah mencipta satu group facebook yang yang beralamat Saya Benci Mysis.Ini merupakan tindakan tidak puas hati sesetengah pelajar terhadap kelembapan mysis.Ramai pelajar tidak tidur pada malam terbabit utk mengisi namun hampa.Kos hanya dapat diisi dengan selesa pada jam 200 petang 15 april

Selasa, 13 April 2010

Kuliah dipindah dari TMNU ke Proton City




Kuliah Taman Universiti akan dipindahkan ke Proton City bermula Semester depan.Antara alasan pemindahan tersebut ialah kos sewa yang terlampau tinggi iaitu sekitar 70,000 ringgit sebulan berbanding dengan kos sewa di Proton City hanya sekitar 15000 ringgit sahaja sebulan. Namun perubahan tempat itu,telah menyulitkan pelajar yang terutamanya berada di koleh harun aminurrashid dan juga kolej ungku omar.Ini kerana jaraknya agak jauh sekitar 15 km dan agak menyulitkan bagi pelajar-pelajar untuk menyusun jadual kuliah kerana beberapa subjek major kuliahnya diadakan di proton city sedangkan kuliah subjek university banyak di buat di kampus Sultan Azlan Shah.Banyak pelajar merungut tentang pengangkutan apabila sehingga sekarang pihak universiti belum memaklumkan jalan laluan sebenar bas terutamanya bagi waktu pagi kerana ada bas ada sebahagian pelajar di kolej harun aminurrashid dan kolej ungku omar mempunyai kelas pada waktu pagi di proton city.