Pengikut

Khamis, 2 Disember 2010

Tawaran Biasiswa Belajar Di Brunei

TAWARAN BIASISWA KERAJAAN BRUNEI DARUSSALAM SESI AKADEMIK 2011/2012

       
Sukacita dimaklumkan bahawa kerajaan Brunei telah mempelawa calon-calon yang berkelayakan dari Malaysia untuk memohon biasiswa bagi mengikuti pengajian peringkat Ijazah Kedoktoran (PhD), Sarjana Sastera, Sarjana Muda Sastera dan kursus-kursus Diploma di Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Institut Teknologi Brunei (ITB), bagi sesi akademik 2011/2012 yang akan bermula pada bulan Julai/Ogos 2011.

2.     Sehubungan dengan itu, bagi calon-calon yang berkelayakan memohon biasiswa ini, sila layari laman web www.mofat.gov.bn/scholarship.  Tarikh tutup permohonan pada 10 Disember 2010 dan hendaklah dialamatkan terus kepada :-

                        Bahagian Biasiswa
                        Kementerian Pengajian Tinggi
                        Aras 4, Blok 1, Menara PjH
                        Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
                        Presint 2
                        62100 PUTRAJAYA
                        (u.p. : Pn. Nureezan bt. Daud)


Sekian, terima kasih.


?PENDIDIKAN GEMILANG MENUJU WAWASAN?


Saya yang menjalankan tugas,





(MUZAMIL BIN MAHIL)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan