Pengikut

Jumaat, 5 November 2010

Prof Che Hamid Mahmood


Beliau merupakan seorang tokoh yang banyak menyumbang terhadap perkembangan bahasa Melayu di negara ini. Beliau membina kerjaya sebagai pakar bahasa di Universiti Putra Malaysia dan merupakan salah seorang pengarang Tatabahasa Dewan yang menjadi buku pegangan dalam tatabahasa Melayu. Prof. Hamid kini bertugas di UPSI dan  sering menyampaikan ceramah dan bengkel bahasa. Beliau dikenali sebagai seorang guru bahasa yang ceria dan sentiasa menghiburkan.
Beliau banyak mengarang buku tentang bahasa Melayu dan pernah juga memegang jawatan sebagai pengarah penerbit Upsi.Beliau merupakan pensyarah di fakulti Bahasa dan Komunikasi dan mempunyai kepakaran dalam bidang Pembinaan ayat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan