( tok tuwo )
Jumaat, 30 April 2010
Selasa, 20 April 2010
Facebook alumni capai 200 rakan
Setelah kira-kira hampir 2 bulan diwujudkan kini fdacebook alumni semekar upsi telah mencapai rakan sebanyak 200 orang..Semua daripada rakan alumni tersebut ialah terdiri daripada pelajar,bekas pelajar,guru dan juga bekas guru di sekolah menengah kebangsaan renek besut.Tujuan utama diwujudkan facebook ini adalah untuk mengeratkan hubungan antara rakan alumni selain berkenalan antara satu sama lain..
Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesilapan terutamnya permintaan yang kami tidak terima kerana tidak pernah terlibat dengan sekolah renek.Facebook alumni beralamat di SMK RENEK dI UPSI.
Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesilapan terutamnya permintaan yang kami tidak terima kerana tidak pernah terlibat dengan sekolah renek.Facebook alumni beralamat di SMK RENEK dI UPSI.
Jumaat, 16 April 2010
Kelembapan Mysis mendapat kritikan
Dalam proses pengisian kos untuk semester 1 dan 2 ini telah enimbulkan rasa tidak puas hati pelajar sem terbabit akibat kelembapan melampau MYSIS.Sejak pukul 11 30 malam lagi hampir semua pelajar telah bersiap sedia untuk mengisi kos masing-masing namun ramai daripadanya tidak dapat untuk masuk bagi mengisi kos.Ini amat menyulitkan terutamanya bagi yang mengambil minor bahasa melayu kerana terpaksa berebut untuk mendapatkan kos minor.Pelajar yang lewat terpaksa mengambil minor untuk sem 4 keatas dan ia sebenarnya menyusahkan pelajar terbabit kerana belajar sesuatu yang tidak sampai tahapnya.
Tidak sampai beberapa jam sahaja dari kelembapan itu,pelajar-pelajar UPSI telah mencipta satu group facebook yang yang beralamat Saya Benci Mysis.Ini merupakan tindakan tidak puas hati sesetengah pelajar terhadap kelembapan mysis.Ramai pelajar tidak tidur pada malam terbabit utk mengisi namun hampa.Kos hanya dapat diisi dengan selesa pada jam 200 petang 15 april
Selasa, 13 April 2010
Kuliah dipindah dari TMNU ke Proton City

Kuliah Taman Universiti akan dipindahkan ke Proton City bermula Semester depan.Antara alasan pemindahan tersebut ialah kos sewa yang terlampau tinggi iaitu sekitar 70,000 ringgit sebulan berbanding dengan kos sewa di Proton City hanya sekitar 15000 ringgit sahaja sebulan. Namun perubahan tempat itu,telah menyulitkan pelajar yang terutamanya berada di koleh harun aminurrashid dan juga kolej ungku omar.Ini kerana jaraknya agak jauh sekitar 15 km dan agak menyulitkan bagi pelajar-pelajar untuk menyusun jadual kuliah kerana beberapa subjek major kuliahnya diadakan di proton city sedangkan kuliah subjek university banyak di buat di kampus Sultan Azlan Shah.Banyak pelajar merungut tentang pengangkutan apabila sehingga sekarang pihak universiti belum memaklumkan jalan laluan sebenar bas terutamanya bagi waktu pagi kerana ada bas ada sebahagian pelajar di kolej harun aminurrashid dan kolej ungku omar mempunyai kelas pada waktu pagi di proton city.
Isnin, 5 April 2010
Ahad, 21 Mac 2010
Rehlah ke SG KLAH SUNGKAI
Alhamdulillah,bersyukur kepada Allah kerana dengan keizinannya,kami dapat juga mengadakan rehlah alumni di SG KLAH sungkai perak pada 21.03.2010.Kami bertolak sekitar jam 12 tgh dan sampai lebih kurang sejam kemudian dengan menaiki 2 buah kereta.Kami pulang tiba ke kolej kediaman masing-masing sekitar jam 5 30 ptg.Program ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama bekas rakan sekolah..Disini dilampirkan gambar di sana..
Semoga Alumni Semekar di UPSI ini akan terus menyumbang bakti dan akan menjadi satu pertubuhan yang aktif yang akan menjadi satu badan yang akan menjaga kebajikan peljar disini...Kita hanya pembuat dan akan ada yang akan meneruskan
Sabtu, 20 Mac 2010
organisasi Alumni SEMEKAR caw Upsi
salam.....setelah lama berdiam diri...akhirnya Alumni Semekar caW upsi telah rasminya telah menubuhkan badan jawtankuasa Induknya sendiri. Pada 9.3.2010 merupakan tarikh yang bersejarah apabila dengan rasminya Alumni Semekar Caw Upsi berjaya menubuhkan organisasinya sendiri hasil daripada musyawwarah alumni-alumni semekar yang berada di Upsi...
Hasil daripada Musyawwarah tersebut :
Pengerusi : Mohd Shukri bin Muhamad ( adik yie cikgu )
Timbalan pengerusi : Che nur najihah binti Nur andilah ( che aniey )
setiausaha: nurul Azira binti berhanudin ( uyu )
ajk kebajikan : pok Loh
3. Mazlia
4.siti aisyah
Dari kiri ( aniey,uyu,aisyah dan wahida )
gadis2 alumni Semekar yang comel2 blake
pengerusi beri amanat.....
pejo kata 'best'.....hehe...
tapi pok loh pelik dalam meeting make nasik...
pada meeting tersebut kami juga didatangi oleh alumni Semekar bukan dari Upsi iaitu Wan Shahrazan yang sedang membuat praktikal di Klang. Namun begitu, meeting kali pertama tidak dapat dihadiri oleh Mazalia yang berada di Ipoh kerana ada urusan lebih penting di sana....
Hasil daripada Musyawwarah tersebut :
Pengerusi : Mohd Shukri bin Muhamad ( adik yie cikgu )
Timbalan pengerusi : Che nur najihah binti Nur andilah ( che aniey )
setiausaha: nurul Azira binti berhanudin ( uyu )
ajk kebajikan : pok Loh
Alumni : 1. wahida mokhtar
2. faizol bin dollah3. Mazlia
4.siti aisyah
Dari kiri ( aniey,uyu,aisyah dan wahida )
gadis2 alumni Semekar yang comel2 blake
pengerusi beri amanat.....
pejo kata 'best'.....hehe...
tapi pok loh pelik dalam meeting make nasik...
wan Shahrazan Malu2..
pada meeting tersebut kami juga didatangi oleh alumni Semekar bukan dari Upsi iaitu Wan Shahrazan yang sedang membuat praktikal di Klang. Namun begitu, meeting kali pertama tidak dapat dihadiri oleh Mazalia yang berada di Ipoh kerana ada urusan lebih penting di sana....
Harapan : agar Alumni Semekar caW upsi dapat menjadi pertubuhan yang aktif dan dapat menjaga kebajikan semua ahli-ahlinya.insYaAllah............
Langgan:
Catatan (Atom)




















