Isnin, 14 Mac 2011
Sabtu, 26 Februari 2011
Semak Senarai Nama Ujian Insak KPM
Kepada semua pelajar yang mengisi untuk mendapatkan biasiswa KPM anda semua boleh memeriksa nama anda untuk menduduki ujian Insak pada 12/03/2011 ini.. di https://myupsi.upsi.edu.my/
Sabtu, 12 Februari 2011
Pada 14/2/2011 akan berlaku pembubaran Majlis Perwakilan Pelajar bagi sesi 2010/2011. Notis pembubaran ini akan ditampal di Kampus Induk dan juga di Kolej2 kediaman. 14/2 - 16/2 adalah hari penjualan borang-borang pencalonan di Bilik Musyuarat JHEPA. Pada 17/2 akan diadakan penamaan calon dan pada sebelah malamnya akan bermula kempen di kolej dan sebagainya. Dijangka banyak poster dan banner akan digangtung dan semestinya pilihanraya kampus pada kali ini akan lebih hangat. Pada 21/2 akan diadakan pemilihan MPP baru oleh semua pelajar Upsi yang layak. Sebanyak 29 kerusi dipertandingkan dimana setiap fakulti diperuntukkan 2 kerusi,kerusi umum sebanyak 5,kerusi etnik 4 untuk sabah,sarawak,india dan cina dan 2 wakil daripada Institut pengajia siswazah... tempat pembungan undi adalah di kawasan yang berikut.....
1. Bitarasiswa
2. Dewan SITC
3. Foyer Bangunan IPSI
4. Dewan Serba guna Kolej Za’ba
5. Foyer Kolej Harun Aminurrashid
6. Foyer Bangunan Canselori
7. Bilik Kuliah Proton City
8. Makmal Pertanian Taman
Bernam
9. Bangunan E- Learning
Selasa, 8 Februari 2011
Panduan Lantikan Pengajar di UPSI
Pelantikan pensyarah, tutor dan penunjuk ajar sambilan boleh dibuat bagi membantu
pensyarah dalam tugas pengajaran dan pembelajaran kursus yang memerlukan khidmat mereka.
Pensyarah yang memerlukan khidmat pensyarah, tutor dan penunjuk ajar sambilan perlulah membuat
permohonan melalui Ketua Jabatan dan Dekan Fakulti kepada Timbalan Naib Canselor (Akademik).
Permohonan yang telah diluluskan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik) perlu dihantar ke Pejabat
Pendaftar bagi urusan pelantikan.
Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Pelantikan Pensyarah, Tutor dan
Penunjuk Ajar Sambilan yang boleh didapati daripada Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Am di
Fakulti atau di laman web UPSI.
Syarat-syarat Lantikan Pensyarah Sambilan
1. Terdiri daripada tenaga pengajar luar yang memiliki sekurang-kurangnya ijazah sarjana dan
mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam bidang yang diajar.
2. Pensyarah sambilan dibayar elaun RM100.00 sejam bagi tugas mengendalikan kuliah tersebut
tertakluk kepada jumlah elaun bulanan tidak melebihi separuh (�) gaji bulanan jika tugasan
tersebut dilakukan di luar waktu bekerja rasmi dan tidak melebihi seperempat (�) gaji bulanan
jika tugasan tersebut dilakukan dalam waktu bekerja rasmi.
3. Pensyarah sambilan layak menuntut elaun perbatuan pergi dan balik ke tempat bertugas (tidak
melebihi 80 kilometer pergi dan balik tanpa tol) mengikut kadar yang berkuatkuasa di UPSI.
Syarat-syarat Lantikan Tutor Sambilan
1. Terdiri daripada tenaga pengajar luar yang berkelayakan sekurang-kurangnya memiliki ijazah
pertama dalam bidang yang berkaitan.
2. Tutor sambilan dibayar pada kadar RM50.00 sejam bagi tugas mengendalikan tutorial tersebut
tertakluk kepada jumlah bayaran sebulan tidak melebihi separuh (�) gaji bulanan jika tugas
tersebut dilakukan di luar waktu bekerja rasmi dan tidak melebihi seperempat (�) gaji bulanan
jika tugasan tersebut dilakukan dalam waktu bekerja rasmi.
3. Tutor sambilan boleh membuat tuntutan perbatuan pergi dan balik (tidak melebihi 80
kilometer tanpa tol) mengikut kadar yang berkuatkuasa di UPSI.
4. Bagi tutor yang dilantik oleh pihak universiti dan mendapat gaji bulanan perlulah mendapat
kebenaran daripada dekan fakultinya sekiranya khidmatnya diperlukan untuk mengajar kursus
dalam bidang kepakaran di fakulti lain. Dalam hal ini, tutor berkenaan tidak dibenarkan untuk
membuat tuntutan elaun pengajaran dan elaun perbatuan.
Syarat-syarat Lantikan Penunjuk Ajar Sambilan
1. Penunjuk ajar sambilan boleh dilantik di kalangan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris di
peringkat ijazah pertama, kakitangan UPSI dan tenaga luar yang mempunyai kemahiran dan
kepakaran dalam bidang yang diajar.
2. Bagi penunjuk ajar yang terdiri daripada pelajar UPSI hanya dibenarkan mengajar satu kursus
sahaja dalam satu-satu semester dan tidak melebihi 4 jam seminggu. Mereka dibayar pada
kadar RM15.00 sejam dan tidak layak untuk menuntut elaun perbatuan dan lain-lain tuntutan.
3. Bagi penunjuk ajar yang terdiri daripada pelajar UPSI yang telah menamatkan pengajiannya
tetapi masih belum mendapat pengesahan ijazah daripada Lembaga Senat Universiti, maka
mereka masih lagi dikategorikan sebagai pelajar UPSI dan hanya layak dibayar pada kadar
RM15.00 sejam. Manakala bagi pelajar UPSI yang telah disahkan ijazahnya oleh Senat
Universiti mereka layak dibayar pada kadar RM25.00 sejam.
4. Bagi penunjuk ajar yang terdiri daripada kakitangan UPSI dan tenaga luar mereka dibayar
pada kadar RM25.00 sejam.
5. Bagi kes-kes lain seperti pegawai pelatih /sangkutan atau setaraf dengannya yang ditempatkan
di Universiti ini mereka boleh dilantik sebagai penunjuk ajar sambilan dengan syarat tugastugas penunjuk ajar itu hendaklah dilakukan di luar waktu bertugas rasmi. Penunjuk ajar yang
terlibat dalam hal yang sedemikian layak dibayar pada kadar RM25.00 sejam
Ahad, 2 Januari 2011
Isnin, 6 Disember 2010
SIMULASI DISASTER RECOVERY (DRC) UPSI-JARING BAGI SISTEM MAKLUMAT BERSEPADU UNIVERSITI (SMBU)
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan satu sesi simulasi ke atas kemudahan perkhidmatan Pusat Pemulihan Bencana UPSI-JARING bagi Sistem Maklumat Bersepadu (SMBU) akan dijalankan seperti butiran berikut:-
Tarikh / Hari : 7 Disember 2010 (Selasa)
Masa : 2.00 petang - 8:00 malam
3. Sehubungan itu perkhidmatan SMB Universiti iaitu MyHRA, MyFIS, MyUPSI Portal, MyGuru2, ILMU dan MyJobs akan ditutup bagi tujuan simulasi pengujian tersebut.
4. Untuk sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, sila SMS ke talian aduan perkhidmatan Pusat ICT di nombor 013-4507973. Kerjasama dan perhatian pihak Y. Bhg. Prof./Prof. Madya/Dr./tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
"PENDIDIKAN GEMILANG MENUJU WAWASAN"
Khamis, 2 Disember 2010
Tawaran Biasiswa Belajar Di Brunei
TAWARAN BIASISWA KERAJAAN BRUNEI DARUSSALAM SESI AKADEMIK 2011/2012
Sukacita dimaklumkan bahawa kerajaan Brunei telah mempelawa calon-calon yang berkelayakan dari Malaysia untuk memohon biasiswa bagi mengikuti pengajian peringkat Ijazah Kedoktoran (PhD), Sarjana Sastera, Sarjana Muda Sastera dan kursus-kursus Diploma di Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Institut Teknologi Brunei (ITB), bagi sesi akademik 2011/2012 yang akan bermula pada bulan Julai/Ogos 2011.
2. Sehubungan dengan itu, bagi calon-calon yang berkelayakan memohon biasiswa ini, sila layari laman web www.mofat.gov.bn/scholarship. Tarikh tutup permohonan pada 10 Disember 2010 dan hendaklah dialamatkan terus kepada :-
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, Blok 1, Menara PjH
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Presint 2
62100 PUTRAJAYA
(u.p. : Pn. Nureezan bt. Daud)
Sekian, terima kasih.
?PENDIDIKAN GEMILANG MENUJU WAWASAN?
Saya yang menjalankan tugas,
(MUZAMIL BIN MAHIL)
Ahad, 21 November 2010
Sertai Kumpulan Blogger Semekar SMK RENEK di Facebook
Kepada semua semua pelajar/bekas pelajar,guru/bekas guru dijemput untuk memeriahkan ruang ini....Kepada sesiapa yang ingin menyenaraikan blognya juga boleh terus berhubung dengan pihak pentadbir..
Isnin, 8 November 2010
Upsikini Palsu
Setelah melihat UPSIkini mampu menjadi medium utama dalam membangkitkan kebajikan pelajar dan menjadi medium utama dalam menyampaikan maklumat kepada pelajar.Kini pihak tidak bertanggungjawab telah mewujudkan satu lagi laman upsikini di facebook bagi memburukkan dan mengadakan provokasi.Ia dipercayai dilakukan oleh seorang bekas pelajar yang masih cuba aktik dalam politk kampus..Mereka juga mewujudkan akaun facebook baru iaitu putera pas upsi.Tindakan ini dipercayai dilakukan untuk mengaitkan pas dengan upsikini..
Untuk pengetahuan semua,upsikini tidak menyediakan laman "like" kepada pengguna di facebook..Laman upsikini palsu itu ialah
http://www.facebook.com/#!/pages/UPSIkini/159781337391544
Tindakan tidak bertanggungjawab ini secara tidak langsung akan mencmarkan intitusi pendidikan.
Untuk pengetahuan semua,upsikini tidak menyediakan laman "like" kepada pengguna di facebook..Laman upsikini palsu itu ialah
http://www.facebook.com/#!/pages/UPSIkini/159781337391544
Tindakan tidak bertanggungjawab ini secara tidak langsung akan mencmarkan intitusi pendidikan.
Sabtu, 6 November 2010
Facebook kelab penyokong...
Baru-baru ini,kelab penyokong mahasiswa pendidik telah dilancarkan bagi menjadikan ia sdatu wadah mahasiswa upsi untuk menyampaikan masalah dan berkongsi maklumat..Setakat ini seramai 147 orang telah menyertainya dalam beberapa hari yang dilancarkan..Kelab penyokong itu boleh dihubungi di laman..
http://www.facebook.com/pages/Kami-Sokong-Mahasiswa-Pendidik/115638675166320
Selain itu,bagi menandingi mahasiwa pendidik.Pimpinan bitara telah mewujudkan laman yang tersendiri iaitu kami sokong pimpinan bitara yang boleh dihubungidi laman ini..
http://www.facebook.com/pages/Kami-Sokong-Pimpinan-Bitara/174828529193897?ref=ts&v=wall
http://www.facebook.com/pages/Kami-Sokong-Mahasiswa-Pendidik/115638675166320
Selain itu,bagi menandingi mahasiwa pendidik.Pimpinan bitara telah mewujudkan laman yang tersendiri iaitu kami sokong pimpinan bitara yang boleh dihubungidi laman ini..
http://www.facebook.com/pages/Kami-Sokong-Pimpinan-Bitara/174828529193897?ref=ts&v=wall
Jumaat, 5 November 2010
Prof Che Hamid Mahmood
Beliau merupakan seorang tokoh yang banyak menyumbang terhadap perkembangan bahasa Melayu di negara ini. Beliau membina kerjaya sebagai pakar bahasa di Universiti Putra Malaysia dan merupakan salah seorang pengarang Tatabahasa Dewan yang menjadi buku pegangan dalam tatabahasa Melayu. Prof. Hamid kini bertugas di UPSI dan sering menyampaikan ceramah dan bengkel bahasa. Beliau dikenali sebagai seorang guru bahasa yang ceria dan sentiasa menghiburkan.
Beliau banyak mengarang buku tentang bahasa Melayu dan pernah juga memegang jawatan sebagai pengarah penerbit Upsi.Beliau merupakan pensyarah di fakulti Bahasa dan Komunikasi dan mempunyai kepakaran dalam bidang Pembinaan ayat.
Media Mahasiswa
Dalam keadaan suasana yang hampir dengan pilihanraya kampus ( PRK ),media-media mahasiswa kelihatan bermain dengan isu untuk memenangi pilihanraya kampus.Upsikini yang disekat penggunaannya oleh jaring upsi merupakan media mahasiswa yang paling popular.Blog yang dirahsiakan penulisnya ini banyak memaparkan isu mahasiswa kini.Upsikini boleh dikatakan juga sebagai media mahasiswa pendidik.
Dalam usaha untuk menandingi kepopularitian Upsikini kumpulan pimpinan bitara atau aspirasi turut menghasilkan blog sendiri bagi menjawab segala hujah yang diberikan oleh Upsikini.Sebagaimana Upsikini,penulis suaraupsi juga tidak diketahui.
Dalam usaha untuk menandingi kepopularitian Upsikini kumpulan pimpinan bitara atau aspirasi turut menghasilkan blog sendiri bagi menjawab segala hujah yang diberikan oleh Upsikini.Sebagaimana Upsikini,penulis suaraupsi juga tidak diketahui.
salam imtihan kepada adik2
Kami disini ingin mengucapkan salam imtihan kepada adik2 di sekolah yang akan menghadapi peperiksaan Spm dan Stpm.Kami akan mendoakan adik2 sekalian akan berjaya dalam peperiksaan tersebut dan menjadi manusia yang berguna...Tidak lupa juga salam peperiksaan kepada kawan-kawan di UPSI yang akan menghadapi peperiksaan tidak lama lagi..Semoga Allah akan kurniakan kejayaan dunia akhirat kepada kita semua
Ahad, 15 Ogos 2010
Nasib Permas masih samar
Pada 14.Ogos.2010 telah diadakan satu Mesyuarat Agung Permas iaitu Oersatuan Mahasiswa Sejarah di DRT.Kehadiran mahasiswa Permas amat mengecewakan apabila hanya 100 orang yang hadir daripada lebih kurang 700 lebih ahli.Keadaan ini amat membimbangkan pensyarah serta kepimpinan Permas sendiri.Masalah ini telah berlarutan sekian lama dan terus berlaku.Kebiasaanya sem 1 merupakan kehadiran yang teramai namun pada kali ini kehadiran sem 1 amat mengecewakan sama sekali..Dimanakah nasib Permas kali ini???
Jumaat, 30 April 2010
Selasa, 20 April 2010
Facebook alumni capai 200 rakan
Setelah kira-kira hampir 2 bulan diwujudkan kini fdacebook alumni semekar upsi telah mencapai rakan sebanyak 200 orang..Semua daripada rakan alumni tersebut ialah terdiri daripada pelajar,bekas pelajar,guru dan juga bekas guru di sekolah menengah kebangsaan renek besut.Tujuan utama diwujudkan facebook ini adalah untuk mengeratkan hubungan antara rakan alumni selain berkenalan antara satu sama lain..
Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesilapan terutamnya permintaan yang kami tidak terima kerana tidak pernah terlibat dengan sekolah renek.Facebook alumni beralamat di SMK RENEK dI UPSI.
Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesilapan terutamnya permintaan yang kami tidak terima kerana tidak pernah terlibat dengan sekolah renek.Facebook alumni beralamat di SMK RENEK dI UPSI.
Jumaat, 16 April 2010
Kelembapan Mysis mendapat kritikan
Dalam proses pengisian kos untuk semester 1 dan 2 ini telah enimbulkan rasa tidak puas hati pelajar sem terbabit akibat kelembapan melampau MYSIS.Sejak pukul 11 30 malam lagi hampir semua pelajar telah bersiap sedia untuk mengisi kos masing-masing namun ramai daripadanya tidak dapat untuk masuk bagi mengisi kos.Ini amat menyulitkan terutamanya bagi yang mengambil minor bahasa melayu kerana terpaksa berebut untuk mendapatkan kos minor.Pelajar yang lewat terpaksa mengambil minor untuk sem 4 keatas dan ia sebenarnya menyusahkan pelajar terbabit kerana belajar sesuatu yang tidak sampai tahapnya.
Tidak sampai beberapa jam sahaja dari kelembapan itu,pelajar-pelajar UPSI telah mencipta satu group facebook yang yang beralamat Saya Benci Mysis.Ini merupakan tindakan tidak puas hati sesetengah pelajar terhadap kelembapan mysis.Ramai pelajar tidak tidur pada malam terbabit utk mengisi namun hampa.Kos hanya dapat diisi dengan selesa pada jam 200 petang 15 april
Selasa, 13 April 2010
Kuliah dipindah dari TMNU ke Proton City

Kuliah Taman Universiti akan dipindahkan ke Proton City bermula Semester depan.Antara alasan pemindahan tersebut ialah kos sewa yang terlampau tinggi iaitu sekitar 70,000 ringgit sebulan berbanding dengan kos sewa di Proton City hanya sekitar 15000 ringgit sahaja sebulan. Namun perubahan tempat itu,telah menyulitkan pelajar yang terutamanya berada di koleh harun aminurrashid dan juga kolej ungku omar.Ini kerana jaraknya agak jauh sekitar 15 km dan agak menyulitkan bagi pelajar-pelajar untuk menyusun jadual kuliah kerana beberapa subjek major kuliahnya diadakan di proton city sedangkan kuliah subjek university banyak di buat di kampus Sultan Azlan Shah.Banyak pelajar merungut tentang pengangkutan apabila sehingga sekarang pihak universiti belum memaklumkan jalan laluan sebenar bas terutamanya bagi waktu pagi kerana ada bas ada sebahagian pelajar di kolej harun aminurrashid dan kolej ungku omar mempunyai kelas pada waktu pagi di proton city.
Isnin, 5 April 2010
Langgan:
Catatan (Atom)













